straight to the point. aku ditawarkan BBA hons (finance) di uitm Machang pada awalnya. but i think i can't survive machang so aku pun minta bantuan bapak kepada kawan aku own, pak cik Ramli.
disebabkan pak cik Ramli ni kerja di bawah naungan barisan nasional so ramai lah orang orang berpangkat dia kenal. aku pun tunggu je jawapan dari pak cik Ramli pasal pertukaran aku.
so one morning he called me said that "pergi check dekat website tengok dah tukar ke belom tempat tu"
so i checked, nama aku dah pun di uitm Segamat. aku pun lega. tapi pak cik Ramli ada cakap dengan aku yang die nak try tukarkan aku di Uitm Melaka. tapi aku yakin di melaka tak ada course aku sebab aku dah check and kalau ada pun mestilah aku mintak tukar melaka kann??
so dah nak dekat penghujung masuk nama aku still kat uitm segamat bila aku check di website uitm. disebabkan aku tak ada kenalan and tak dapat kolej hari jumaat pagi aku dah berangkat ke segamat. abah, nana, abang pit and ibu pun ikot sekali.
sampai di segamat aku cari rumah sewa, jumpa tapi budak budak lain tak balik lagi, so aku duduk di rumah sewa tu seorang diri. petang tu bila tengok family aku nak balik automatic air mata jatuh berjujuran. tak boleh tahan sedih. aku rasa dorang pun rasa begitu sebab aku tak pernah pergi jauh jauh. diploma pun dekat shah alam je. haih -_-
isnin aku pun mulakan lah hari baru di uitm segamat, aku sesat masa nak mendaftar tapi nasib baik aku jumpa Aida yang sama sama sesat macam aku. haha. so dah ada member. the next day perjumpaan dengan ketua program. lagi ramai jumpa kawan baru. aku pun happy. lepastu aku tak nak la buang masa, nak terus pergi daftar kursus je tengok tengok nama aku dekat bandar melaka. i was like what the heck????
so aku terus ke pejabat HEP tanya. mak cik kat situ cakap nama aku kat bandar melaka bukan dekat segamat. so aku pun oh ok. seronok. tapi leceh nye nak pindah barang dah la lambat.
esok paginya abah and abang pit datang ambil aku dekat segamat and terus ke bandar melaka.
sampai je di melaka aku jumpa dengan Eka, kawan Aty. dia tolong tunjuk rumah, pejabat admin apa semua kat aku.
aku duduk di kolej yayasan melaka. nak masuk kene bayar lump sum rm740 untuk satu sem. aku terus masukkan barang semua. then pergi ke pejabat HEP and nak settlekan pasal surat tawaran. executive officer tu cakap nanti die call kalau dah settle. then aku jumpa ketua program buat pengecualian credit semua ambil jadual.
petang Eka ajak balik sebab nak sambut birthday Aty malam tu, tapi balik kejap je sebab malam balik Melaka balik, tapi aku decide nak balik terus.
so itu cerita last week. this week, today, Monday, kelas aku start pukul 12.30 tengah hari tapi tak ada nombor kelas so aku pergi la awal sebab nak settlekan pasal surat tawaran tu. tunggu punya tunggu orang tu kata dekat uitm sini tak ambil pelajar tahun akhir, so aku kena jumpe dengan puan Azlina settlekan macam mana. ya Allah sumpah leceh! :( so aku nak start kelas macam mana ni?
oh, then, aku tanya orang pasal kelas yang tak tahu kat mana ni dorang cakap kalau kelas tak ada nombor maknanya takda kelas, lecturer akan bagi notes dekat student portal. again i was like wtf?? -_-
tapi tak kisah la sebab rumah dekat je. tapi aku masih tak sedap hati sebab tak settle lagi pasal surat tawaran tuh :( tak kan kena pindah segamat balik pulak? :( leceh nyaaaaa.
itu jelah cerita tak best pasal nak masuk belajar ni. fo those who follow me on twitter they should know it already. hehe. sorry spamming your timeline with this shit.
dah lama gila woi tak berblogging.
No comments:
Post a Comment