cepatnya masa berlalu. macam macam aku buat masa 2011. memang orang kata sia sia la kan sebab aku skip belajar. patutnya aku dah degree masa 2011. tapi dah tak de rezeki ALLAH nak bagi nak buat macam mana kan?
semua orang ada cerita yang berbeza. ada rezeki masing masing yang ALLAH tentukan. baik dan buruk DIA je yang tahu untuk kita. apa apa pun aku bersyukur masih mampu teruskan hidup ni. biasalah hidup, ade ups and down die.
boleh dikatakan 2011 ni tahun aku menggigih mencari duit dan bertukar tukar kerja.
macam macam kerja aku buat. dari money changer kepada promoter kepada accountant cum admin assistant kepada data entry. eh rasa ade lagi tapi sekarang lupa la. -_-'
aku ade apply upu tapi macam aku cakap tadi la, tak de rezeki. tapi niat nak sambung belajar tuh tak pernah padam. insyaALLAH tahun 2012 ni aku akan sambung study no matter what kalau tak de aral melintang. kalau tak dapat universiti jugak aku akan masuk kolej la. harap harap sangat dapat sambung belajar.
konflik keluarga aku da makin surut. air dicincang takkan putus kan? no matter how bad they are how much i think i hate them for sometimes still they are the only family that i have. takde tukar ganti. aku cuba. dan aku rasa meraka pon cuba yang sama. aku cuma doakan yang terbaik buat semua. untuk aku juga.
kakak aku pun bakal mendirikan rumah tangga tahun ni. semoga die bahagia nanti, aku kesian die banyak berkorban untuk keluarga ni. lagi lagi untuk aku. :') semoga semuanya berjalan dengan lancar.
berbalik cerita new year la. tahun ni ramai member dah takde nak sambut sama sama. fareez dah fly ke uk. yazid dah ke laut, yang lain pulak sibuk bekerja.
so semalam sambut dengan kamal, caer, bangah and ina je kat marakesh.
sedih sebab tak ramai ada. tapi takpelah diorang semua tetap di hati. :)
aku harapkan yang terbaik untuk 2012. untuk aku dan untuk semua. amin.
No comments:
Post a Comment