give me the light and walk behind me

awak nak tahu tak, saya teringin sangat jadik invisible woman. sebab saya nak sangat jadi invisible nih sebab saya nak stalk orang yang saya sayang sangat. impian nih da lame saya pendam sejak saya mula menyimpan perasaan kat seorang mamat nih. dia kawan abang saya. selalu amek saya kat tadika. *gila kau, tadika dah pandai main perasaan* haha.
dulu, dia kawan baik abang saya lah. kemana mana jeh berdua. eh bertiga kot. tapi saya suka kat dia jeh. setiap kali dia datang rumah, saya lah pelari pecut negara memecutkan diri ke kamar mama, sebab nak usha die dari tingkap bilik mama saya. haha ;p
saya agak obses lah dengan dia. sampai saya curi curi call no rumah die, bila dengar suara dia je saya teros letak. lepastuh senyum lebar sampai ke telinga. hahah, kecik kecik da gedik gedik.
rumah dia dekat je dengan rumah saya. tak sampai 3 minit jalan kaki. mak dia cikgu sekolah. adek die kawan saya. tapi adek dia tak hensem langsung. tak tahu la adek angkat ke ape. haha. sebab memang gila berbeza.
disebabkan keterujaan meminati mamat yang pertama dalam hidup saya, saat itulah impian ini timbul. kalau bole saya nak jadik invisible, saya nak pergi rumah dia, nak tengok dia buat apa. bila dia tido, nak tengok dia. nak tengok dia buat apa apa segala bagai lah.
teringat pula cerita goodluck chuck. memang kadang kadang kita rimas bila orang yang sayang kat kita nak dampingi kita 24/7. kita kata nak our own space la bagai. tapi, bila kita yang sayang orang lain, kita pon nak macam tuh jugak. the truth is, people never appreciate the one who love them.
berbalik kepada mamat first crush saya nih, saya memang follower terbaek dia la. saya kecewa bila saya dengar dia ada skandal dengan minah lain. tiba tiba benci dengan perempuan yang saya pon takenal. haha.
tapi saya tahu, dia budak baik, anak emak, tak reti nak skandal skandal couple couple bagai nih. haha. saya teros stalk die sampai la saya dapat tahu dia nak pindah johor. hancur hatiku tuhan saja tahu. eh kawan baik saya pun tahu, mek yanie. hehe :)
dia dua tahun tua dari saya. so, saya sangat sangat menunggu untuk masuk sekolah menengah untuk berdampingan dengan dia dengan lebih dekat. masa tuh saya dah darjah enam. dia tingkatan dua. masa tuh la dia nak pindah johor. ciss. :(
begitu sajalah pengakhiran cerita kami. percaya atau tidak, saya masih mencari dia. saya cuba myspace, friendster, facebook, google, yahoo nak cari dia, tapi hampa. saya cuma ingat nama dia dan nama adiknya saja. tapi entah la. saya amat yakin, saya akan kenal muka dia. eventhough dah berabad tak berjumpa. saya tak akan lupa muka itu. kemanakah hilangnya dia? teringin sungguh ingin berjumpa. haih.

dan dia adalah muhd saifullah bin ramli. sesiapa kenal atau terjumpa sila e-mail saya sekarang. terima kasih.

6 comments:

mira kewim said...

awwww nak pegi masuk jejak kasih

k u c e m said...

jejak kasih pon da tak adoo

fa.theme.ma said...

eh awak , karangan dah ni :P

faraOfafa said...

um 65% je markah. sile cube lagi. haha.

k u c e m said...

yela cegu. saya mmg fail sket bm nih, ahhahaha ;p

KIBA kline said...

:(
ingat kan aku tadi.
HAHA!